Gerak 17 Di Kota Belud : Komitmen Dan Muafakat Bakal Lakar Kejayaan

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Jelajah Akar Umbi (GERAK 17) kepimpinan tertinggi UMNO Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin diteruskan lagi di Kota Belud.

Kali ini  Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan serta Tempasuk menjadi lokasi seterusnya dengan komitmen yang padu daripada seluruh jentera setempat untuk memastikan kejayaan parti kelak.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin amat berpuas hati malah percaya kerjasama serta muafakat semua pihak kelak akan membuahkan kejayaan.

“Bersama Pimpinan UMNO BN Sabah termasuk Pimpinan MCA Sabah serta rakan rakan bersama PBRS dalam  program Gerak 17 DUN Usukan.

“Gerak 17 diadakan Untuk memastikan semua jentera parti sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang,” katanya.

Pada hari yang sama beliau dan seluruh jentera parti lain turut menjayakan Gerak 17 di DUN Tempasuk.

Katanya lagi komitmen dan kerjasama daripada semua peringkat jentera parti tentunya memberikan kelebihan dan amat bermakna dalam usaha parti melangkah ke hadapan berdepan PRN nanti.

“Komitmen Ketua UMNO Sabah Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang juga Bendahari UMNO Sabah serta seluruh jentera yang lain insya Allah akan memberikan kejayaan kelak kepada parti di kawasan Kota Belud nanti,” ujarnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit