Bantuan Fokus Kesejahteraan Jelebu Diteruskan Lagi Minggu Ini – Jalaluddin

JELEBU, 8 Nov – Bantuan fokus kesejahteraan rakyat khusus untuk orang Jelebu diteruskan lagi pada minggu ini sepertimana kebiasaan.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata peruntukan berkenaan yang berjumlah RM103,650.00 diagihkan kepada pelbagai golongan.

“Seramai 11 penerima-menerima bantuan melibatkan perubatan anak, aktiviti badan bukan kerajaan (NGO), baik pulih infra, bantuan kemalangan, bantuan bencana dan bantuan utiliti.

“Agihan-agihan dan bantuan seumpama ini insya-Allah akan kita teruskan daripada semasa ke semasa bagi memastikan permasalahan rakyat khususnya dapat dibela,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Dalam pada itu menerusi kenyataan yang sama beliau turut memaklumkan pihaknya turut memberi penekanan kepada soal aspek pendidikan di kawasan tersebut.

“Pada hari ini juga saya menunaikan janji saya semasa Hari Potensi KEMAS Jelebu untuk menyalurkan sumbangan kewangan berjumlah RM1,000 untuk 52 buah Tabika KEMAS dalam Parlimen Jelebu.

“Acapkali saya sebutkan kepada khalayak, bahawa saya tidak akan berkompromi soal yang berkaitan pendidikan dan hak rakyat terutama di Parlimen Jelebu.

“Jadi pada setiap minggu, inilah usaha kita untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terkehadapan,” ujarnya- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.