ALOR GAJAH 7 Nov –Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berbesar hati untuk menyertai seramai 406 anak-anak muda negeri Melaka pada Program Kecemerlangan Tingkatan 6 Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2024.Pertemuan ini sedikit sebanyak dapat memberi suntikan dan sentuhan motivasi sebagai persediaan anak-anak untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).