KUALA LUMPUR 7 Nov — Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 di 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang semalam. Ia akan menggantikan pasukan MALBATT 850-11 di sana.
Malaysia adalah antara negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menghantar pasukan pengaman di Lubnan. MALBATT 850-12 berkekuatan seramai 854 anggota dan turut terdiri daripada 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Penghantaran ini merupakan kali ke-12 buat negara. Ia mencerminkan kedudukan negara yang komited terhadap keamanan sejagat, dan pada masa yang sama membina reputasi Malaysia .