Gerak Kerja UMNO Beaufort Terus Rancak, Manfaatkan Peranan Kerajaan Untuk Rakyat

BEAUFORT, 7 Nov – Gerak kerja UMNO Bahagian Beaufort terus rancak dengan usaha menyantuni rakyat melalui pelbagai program dan aktiviti yang memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat.

Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat menekankan pentingnya menyokong usaha parti dan menghargai peranan kerajaan serta agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam membantu rakyat, terutama dalam memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Dalam ucapan semasa merasmikan Program Sesi Libat Urus Bersama Kakitangan Jabatan KEMAS Beaufort di Dewan KEMAS Daerah Beaufort, Awang Aslee berkata, peranan memastikan kelangsungan kesejahteraan perlu dipupuk dengan semangat perpaduan sebagaimana dimulai melalui pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau menekankan bahawa keharmonian masyarakat dapat disuburkan melalui rasa kasih sayang, saling menghormati, dan menghargai di kalangan ahli komuniti.

“Satu masyarakat yang harmoni adalah masyarakat yang saling memahami dan menghargai antara satu sama lain. Perpaduan ini perlu dibina dari peringkat awal lagi, termasuk melalui usaha-agenda pendidikan yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS,” katanya.

Jelas beliau, program ini bertujuan mempertingkatkan kerjasama antara KEMAS dan masyarakat setempat untuk memajukan lagi inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pembentangan untuk sesi terbabit dilaksana oleh Pegawai KEMAS Daerah Beaufort, Halick Udeh dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian yang mewakili Setiausaha Bahagian, Fadhtul Radzi Lee. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah wakil Pengarah KEMAS Negeri Sabah, Nassarudin Assad; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Juriffah Safflie; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian, Munira Sarrie serta barisan kepimpinan serta anggota UMNO Bahagian Beaufort.

Dalam perkembangan berlainan, Awang Aslee menjelaskan bahawa gerak kerja turun padang menyantuni masyarakat setempat yang dilaksana melalui Biro Kebajikan UMNO Beaufort tetap diteruskan.

“Gerak kerja UMNO Bahagian Beaufort juga diteruskan dengan usaha menyantuni rakyat, khususnya melalui Biro Kebajikan UMNO Beaufort. Baru-baru ini, sumbangan kebajikan disampaikan di buat di PDM Mansud dan Bundu.”

Jelasnya kunjungan dan sumbangan dibuat kepada kepada Sarawali Asrin dan Basrin Linggam di Kampung Gimba yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan anak mereka tidak lama lagi.

“Ini adalah salah satu usaha kami untuk terus menyantuni rakyat. Kami komited untuk mendekati dari semua lapisan masyarakat, dan memastikan bahawa mereka mendapat sokongan serta bantuan yang diperlukan, terutamanya dalam momen-momen penting dalam kehidupan mereka.

“Dengan gerak kerja yang berterusan ini, UMNO Bahagian Beaufort menunjukkan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat, katanya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit