FAQ Mengenai Kes 1MDB: Adakah Najib Bersalah Apabila Dipanggil Membela Diri?

FAQ Mengenai Kes 1MDB: Adakah Dato’ Sri Najib Razak Bersalah Apabila Dipanggil Membela Diri? Meneliti Kes Pendakwaan dan Kepentingan Mengikuti Kes Pembelaan

1. Apakah tuduhan utama terhadap Dato’ Sri (DS) Najib dalam kes 1MDB ini?

Dato’ Sri Najib dituduh atas penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB. DS Najib di dalam kes tersebut telahpun dipanggil untuk membela diri. Walau bagaimanapun saksi utama seperti Jho Low yang dipercayai menjadi dalang utama tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

2. Apakah maksud Prima Facie? Apakah ia bermakna DS Najib telah pun didapati bersalah?

Tidak, Prima Facie adalah suatu perkataan latin yang bermaksud ‘di atas permukaannya’. Ia adalah suatu terma undang-undang yang digunakan oleh mahkamah jika dapatan mahkamah mendapati bahawa Pendakwaan telah membuktikan kesnya secara Prima Facie. Ini tidak bermaksud DS Najib telah didapati bersalah, ini hanya bermaksud DS Najib perlu dipanggil untuk membela dirinya bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

3. Apakah yang akan berlaku kini di dalam kes pembelaan DS Najib?

Di peringkat seterusnya, hujah-hujah dan bukti-bukti yang dibawa oleh pihak Pendakwaan di dalam kesnya terhadap DS Najib di dalam kes 1MDB akan dipatahkan oleh saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang akan dibawa oleh peguam DS Najib termasuk DS Najib sendiri yang akan memberi keterangan bagi membela dirinya dan membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

Di peringkat ini juga, sokongan ahli UMNO (terutama di media sosial dan aplikasi) mesti dipertingkatkan dengan meletakkan komen dan memberi sokongan pada setiap kali pelaporan akhbar dikeluarkan berkenaan kes 1MDB ini terutama apabila saksi-saksi memberi keterangan nanti.

4. Apakah manfaat bagi DS Najib dalam memasuki pembelaan?

Pembelaan DS Najib pada 2 Disember 2024 memberi beliau peluang untuk menjelaskan kedudukannya dengan lebih lengkap, menangkis tuduhan tidak langsung, dan menunjukkan bahawa beliau tidak terlibat secara langsung dalam penipuan. Dengan memasuki pembelaan, DS Najib mempunyai peluang untuk menunjukkan kepada dunia kelemahan dalam kes terhadapnya.

5. Mengapa memasuki pembelaan merupakan strategi terbaik untuk DS Najib dan UMNO?

Pembelaan memberi peluang penting kepada DS Najib untuk memperjelaskan situasi, membuktikan bahawa beliau adalah mangsa penipuan Jho Low. Dengan seluruh dunia memerhati, DS Najib boleh menunjukkan bahawa kes terhadapnya mempunyai jurang kritikal, yang boleh membantu membersihkan namanya.

Bagi UMNO, pembelaan DS Najib menunjukkan bahawa parti menghormati proses perundangan, membuktikan komitmen terhadap tadbir urus yang baik. Membiarkan proses undang-undang berjalan tanpa campur tangan mengukuhkan penghormatan UMNO terhadap keadilan dan integriti, berpotensi mengubah pendapat umum dan menggalakkan sokongan untuk UMNO dalam pilihan raya akan datang apabila DS Najib mengejar kebenaran dan ketelusan.

DS Najib kini berpeluang untuk membawa bukti yang bersifat komprehensif bagi menyanggah hujah daripada pihak pendakwaan dengan memanggil saksi-saki utama pembelaan.

Antaranya, DS Najib boleh memanggil penderma daripada Arab Saudi yang telah menderma dana ke dalam akaun peribadi miliknya. DS Najib juga boleh memanggil Jabatan Pematuhan di Ambank dan Jabatan Pematuhan syarikat yang memindahkan dana berkenaan, iaitu Tanore Finance Corporation dan juga Bank Negara Malaysia yang menitikberatkan kepada aspek pematuhan yang ketat.

Saksi-saksi ini akan dapat menjelaskan perkara yang sebenar. Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia pastinya akan membekukan mana-mana akaun jika terdapat sebarang kecurigaan terhadap aktiviti yang menyalahi undang-undang. Kedua-dua bank telah memproses transaksi tanpa sebarang isu.

6. Apakah yang patut dilakukan oleh ahli UMNO?

• Terlibat di Media Sosial: Sertai perbincangan di media sosial, tekankan kelemahan dalam kes ini, ketiadaan saksi, dan kebergantungan pada keterangan sekunder. Tekankan bahawa DS Najib menjadi mangsa oleh Jho Low, sementara dalang sebenar masih bebas.

• Mengukuhkan Sokongan terhadap DS Najib: Sampaikan bahawa keputusan DS Najib untuk membela diri adalah langkah berani untuk membersihkan namanya. Dengan menunjukkan komitmen DS Najib terhadap kebenaran, ahli UMNO dapat mengukuhkan persepsi positif masyarakat terhadap keterbukaannya.

• Menonjolkan Komitmen UMNO terhadap Tadbir Urus yang Baik: Tunjukkan bahawa UMNO menghormati proses kehakiman tanpa campur tangan, memperlihatkan dedikasi parti kepada prinsip keadilan dan integriti. Pendekatan ini membina imej positif untuk UMNO dan menekankan pendirian UMNO untuk tadbir urus yang adil.

7. Sumber Pembacaan bagi membantu Ahli UMNO dalam menjawab serangan di media sosial.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/08/28/swiss-court-convicts-executives-over-us1-8bil-1mdb-scandal/

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/03/23/najib-was-conned-over-petrosaudi-investment-deal-court-told/

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/04/785187/ex-1mdb-board-member-says-najib-pushed-jv-petrosaudi-after-jho-low

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/04/01/1mdb-trial-jasmine-loo-says-thought-fake-petrosaudi-was-legitimate-firm/126701

https://bernama.com/bm/news.php?id=2300783

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/696267/najib-mangsa-scam

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-adalah-mangsa-penipuan-jho-low-dan-beberapa-lagi—pasukan-pembelaan-245712

https://theedgemalaysia.com/node/727772
(DS Najib Tun Razak menyentuh artikel ini di dalam Pernyataan Maafnya kepada rakyat Malaysia sebelum kes ini dipanggil untuk pembelaan. – PeneranganUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit