Ahli UMNO Perlu Bersetia, Bawa Perjuangan Parti Keramat – Saarani

LENGGONG, 4 Nov – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyeru ahli UMNO untuk terus bersetia dalam membawa perjuangan parti keramat ini.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak berkata sikap rasional dalam kalangan ahli memainkan peranan penting bagi memastikan parti ini terus kukuh mendepani cabaran dinamika politik.

“Orang UMNO ini kena taat dan setia janganlah kerana adik-adik kita tak jadi calon maka kita pun sama tumpang bersedih dan sama tumpang membuat sabotaj.

“Kita kehilangan kerusi kerana perbuatan sedemikian,” katanya.

Saarani berkata demikian semasa Ceramah Penerangan Isu-isu Semasa yang diadakan di
UMNO Bahagian Lenggong, malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; Ahli MKT UMNO, Datuk Hasmuni Hassan; Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid; Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Salbiah Mohamed; Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Hang Tuah Din serta kepimpinan dan anggota parti setempat.

Beliau dalam pada itu turut menempelak parti lawan yang memainkan politik murahan apabila memanipulasi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dengan melabel ‘UMDap’.

“Kalau ada orang muda Melayu baru keluar universiti termakan bila orang kata kerajaan sekarang UMNO bersama Dap tolong jawab sebelum ini sudah ada ‘PasDap’.

“Kena sebut itulah sejarah ‘PasDap’ sempat 11 bulan selepas bertukar kerajaan dia berguling depan istana itupun mereka kata tak gila kuasa.

“Jadi orang UMNO tidak boleh rasa rendah diri kalau orang sebut ‘UMDap’ sebab sebelum ini sudah ada ‘PasDap’,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit