Ini Zaman Kita: Puteri UMNO Komited Bersama Generasi Muda Tentukan Masa Depan Negara

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, menegaskan bahawa komitmen pergerakan tersebut adalah untuk memperkasakan golongan wanita muda sebagai pemangkin perubahan di negara ini tidak.

Beliau berkata, Puteri UMNO telah melancarkan inisiatif seperti ‘Perkasa Puteri Pemangkin Perubahan’ dan kini meneruskan usaha dengan tema ‘Ini Zaman Kita’, yang bertujuan memberi semangat dan ‘vibe’ baharu kepada wanita muda.

“Kita telah melaksanakan program-program sebelum ini seperti ‘Perkasa Puteri Pemangkin Perubahan’, dan dengan tema ‘Ini Zaman Kita’, kami ingin memberikan satu ‘vibe’ yang berbeza kepada wanita muda di luar sana, khususnya golongan muda.”

Jelasnya, Puteri UMNO sedar bahawa di setiap kawasan sama ada di Parlimen dan setiap negeri ada golongan wanita-wanita muda untuk didekati.

“Kita sedar bahawa lebih dari 50% pengundi di Malaysia, terutamanya di setiap Parlimen dan negeri, terdiri daripada orang muda. Puteri UMNO ingin menunjukkan bahawa kami bersama-sama dengan mereka. Jika mereka merasakan ini adalah zaman penentu masa depan, Puteri UMNO akan sentiasa berada di sisi mereka.

“Ini adalah zaman kita untuk bersama dan menjadi sebahagian daripada golongan muda di luar sana,” katanya kepada UMNO Online. Nurul Amal juga menyeru generasi muda untuk mendekati Puteri UMNO tanpa mengira latar belakang.

“Kepada semua golongan muda di luar sana, kenalilah kami, rapatkan diri anda dengan Puteri UMNO kerana kami akan bersama-sama dengan anda, tanpa mengira latar belakang. Ini adalah zaman kita, dan kita yang menentukan masa depan negara,” tambahnya.

Sebelum itu, Nurul Amal telah mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bagi tahun 2024 dan membentangkan pelbagai perancangan untuk tahun 2025 termasuklah gerak kerja bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan juga Johor. UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.