Selamat Hari Deepavali, Ahmad Zahid Ajak Rakyat Teruskan Semangat Toleransi
KUALA LUMPUR, 31 Okt – Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia dan di mana jua mereka berada.
Dalam ucapan beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid menekankan pentingnya kepelbagaian sebagai satu nikmat yang perlu dibanggakan, disertai dengan semangat perpaduan yang memupuk nilai toleransi dan kasih sayang antara satu sama lain.
“Biarlah rasa hormat-menghormati ini tersemat di dalam hati selamanya dan menjadi cerminan kemajmukan rakyat Malaysia, sekali gus membawa negara menuju masa depan yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya.
Ahmad Zahid juga berharap agar Deepavali kali ini membawa cahaya kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang merayakannya. – UMNO Online