Mohamad Hasan Tak Lepaskan Peluang Santuni Masyarakat India Di Rantau Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Bersempena sambutan perayaan Deepavali, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak melepaskan peluang untuk menyantuni masyarakat India di Rembau.

Meskipun kesibukan beliau sebagai Menteri Luar, Mohamad yang ketua UMNO bahagian dan ahli Parlimen Rembau pulang ke kawasan memberikan sumbangan kepada penduduk tempatan berbangsa India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

“Alhamdulillah, sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi dan terus balik kawasan ke pejabat di DUN Rantau.

“Sempat menyampaikan sumbangan kepada pemimpin-pemimpin kaum India setempat di DUN Rantau sempena sambutan perayaan Deepavali,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sekembalinya beliau ke ibu negara, Mohamad kemudiaannya bersama 60 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sedia Raja, Rembau bagi meraikan mereka dalam jamuan minum petang.

Meraka merupakan pelajar Tingkatan Enam yang berada di Kuala Lumpur untuk lawatan sambil belajar termasuk ke Parlimen.

“Mereka adalah pelajar pra-universiti yang pada sebelah pagi telah mengadakan lawatan ke Menara Berkembar Petronas, Universiti Malaya dan masuk ke dalam Dewan Rakyat bagi menyaksikan perbahasan.

“Tahniah kepada Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Dato’ Sedia Raja dan semua guru yang terlibat atas usaha memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mereka,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.