Dr Asyraf Santuni Masyarakat Di Pasir Puteh, Hargai Kenangan

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berbesar hati berkunjung ke Pasir Puteh bagi bertemu rakyat setempat dan juga akar umbi UMNO di sana.

Beliau meluangkan masa menyantuni mereka secara santai di Selising serta Limbongan sambil menikmati makanan tempatan iaitu laksam.

“Alhamdulillah, pagi ini diberi kesempatan bersarapan bersama masyarakat tempatan di Banir Belikong, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising dan santai ‘make laksam’ di Bukit Gedombak, DUN Limbongan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dr Asyraf pada hantaran sama meluahkan keterujaan beliau apabila dapat bertemu dengan warga Pasir Puteh yang menjadi tulang belakang kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Mengambil kesempatan itu, beliau turut memanfaatkan masa berkenaan untuk menziarahi beberapa keluarga yang kurang bernasib baik.

“Seronok dapat bertemu mata, bertanya khabar dan dapat lepas rindu dengan telatah orang-orang kampung yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya dan parti sejak PRU14. Terima kasih atas sokongan, jasa, dan semangat kalian yang sentiasa menjadi kekuatan saya.

“Dalam kesempatan ini, saya juga sempat ziarah mesra beberapa rumah penduduk yang dalam keadaan uzur, keluarga baru ditimpa ujian kematian, serta ditimpa musibah. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan dan ketabahan buat semua.

“Insya-Allah, selagi terdaya, saya akan terus berusaha membantu masyarakat di sini sebaik mungkin dengan kapasiti yang ada. Semoga ukhuwah kita terus terjalin,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.