Najib Berhak Dapat Pembelaan Dan Keadilan Yang Sewajarnya – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Okt – “Saya menyeru kepada semua pihak agar memberi ruang yang sewajarnya kepada mahkamah untuk menjalankan tugasnya dengan bebas, telus, dan adil pada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan keluarganya kerana beliau berhak mendapat pembelaan serta keadilan yang sewajarnya dalam usaha memastikan kebenaran terbela”, demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Seterusnya, Abdul Rahman percaya bahawa jasa dan kebaikan Mohd Najib seharusnya menjadi faktor penting dalam menilai beliau sebagai seorang pemimpin yang telah berkorban demi rakyat dan negara.

“Usaha ini adalah penting dalam memastikan rakyat mendapat gambaran yang adil dan telus terhadap situasi Datuk Seri Mohd Najib dan keluarga beliau.

“Datuk Seri Mohd Najib telah memberi sumbangan besar kepada negara, termasuk kepada warga Pahang dan rakyat di kawasan saya sendiri.

“Sumbangan beliau dalam pembangunan infrastruktur, pendidikan, ekonomi dan kemajuan sosial adalah suatu yang tidak dapat dinafikan. Kami percaya bahawa jasa dan kebaikan beliau seharusnya menjadi faktor penting dalam menilai beliau sebagai seorang pemimpin yang telah berkorban demi rakyat dan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis menzahirkan sokongan penuh ketulusan Mohd Najib dalam meluahkan perasaan dengan mengemukakan fakta berkaitan situasi yang berlaku.

“Saya menzahirkan sokongan penuh dan tidak berbelah-bahagi. Kepada kami amat menghargai ketulusan beliau dalam meluahkan perasaan dan mengemukakan fakta berkaitan situasi yang berlaku. Datuk Seri Mohd Najib dalam menghadapi kes perbicaraan beliau berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami amat menghargai ketulusan beliau dalam meluahkan perasaan dan mengemukakan fakta berkaitan situasi yang berlaku,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Khamis lalu media melaporkan, Mohd Najib memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1MDB semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Menerusi kenyataan dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib, bekas Perdana Menteri itu mendakwa telah dihukum atas tanggungjawab yang dipikulnya walaupun dengan jelas beliau bukanlah dalang kepada skandal itu.

Malah tambahnya, beliau tidak pernah sekalipun bersengkongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang merupakan individu utama dalam kes tersebut. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.