JBIC Komited Sokong MITI, Tarik Pelaburan Berkualiti Dari Jepun – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Japan Bank for International Coorperation (JBIC) komited menyokong Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi dari Jepun.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan bersama JBIC dan membincangkan peluang strategik dalam pelbagai bidang pada Khamis.

“Satu pertemuan yang produktif hari ini dengan delegasi JBIC, yang diketuai oleh Pengerusinya dan Penasihat Khas kepada Kerajaan Jepun, Tadashi Maeda.

“Kami membincangkan peluang strategik dalam bidang seperti tenaga hijau, teknologi digital, dan semikonduktor, yang merupakan fokus utama di bawah inisiatif Pelan Induk Perindustrian Baharu (#NIMP2030), Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Strategi Pelaburan Hijau (GIS),” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, kerjasama erat dengan JBIC akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat pelaburan serantau.

“JBIC komited untuk menyokong MITI dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi dari Jepun yang akan membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia, terutama dalam sektor tenaga lestari dan pembangunan industri berteknologi tinggi.

“Kerjasama erat dengan JBIC akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat pelaburan serantau untuk teknologi hijau dan infrastruktur digital. Langkah ini selari dengan matlamat #Belanjawan2025 untuk memacu inovasi dan kemampanan, sekaligus memberi manfaat besar kepada rakyat dan ekonomi negara,” katanya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.