Azalina Bertemu Hajiji, Bincang Perkembangan Terkini Kes Tuntutan Sulu

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di sini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata pada pertemuan tersebut pelbagai perkara membabitkan isu semasa dibincangkan.

Menurut beliau ini termasuk berkaitan agenda reformasi institusi dan perundangan yang sedang dipergiatkan pihaknya.

“Perbincangan kami tertumpu kepada komitmen kerajaan Madani dalam menjamin akses semua rakyat Malaysia kepada sistem keadilan.

“… khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman serta perkembangan terkini kes tuntutan Sulu,” katanya menerusi satu hantaran di Fcaebook,

Pertemuan tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU), Datuk Zamri Misman; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Datuk Almalena Sharmila Dr. Johan, beserta pegawai-pegawai kanan BHEUU dan AIAC. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.