Dato Tuan Sindir Siapa Sebenarnya?

Dato Tuan Ibrahim menyindir YAB PM kerana tidak mengambil gaji sebagai PM dengan alasan Rasul pun mengambil peruntukan yang Allah sediakan. Katanya PM ini malaikat agaknya.

Barangkali itu bertujuan menjadi dalil untuk pimpinan PAS mengambil gaji dan elaun sebagai menteri, menteri besar, ahli parlimen, exco dan pengerusi glc.

Jadi kalau begitu, pimpinan PAS perlu kasihankan pekerja-pekerja parti seperti PASTI yang tidak diberi gaji dan elaun kerana mereka diumumkan oleh pemuda PAS sebagai sukarelawan tanpa redha mereka. Guru-guru PASTI ini malaikat barangkali yang tidak makan dan minum, tidak ada rumah dan tiada kenderaan hanya terbang dengan sayap.

Begitu juga pekerja parti di pejabat PAS yang menerima gaji kecil 4,5 ratus sahaja sebulan. Mereka juga malaikat barangkali.

Jadi sindiran Dato Tuan sebenarnya sindiran pada guru-guru PASTI dan pekerja parti yang atas nama perjuangan mengorbankan gaji mereka. Jadi guru PASTI sukarela atas nama perjuangan tak mengambil gaji sebagaimana PM sukarela atas nama keyakinan perjuangan beliau tidak menerima gaji.

Mereka ini yang disindir oleh Dato Tuan Ibrahim. Guru PASTI tak terasa ke? Saya pun terasa juga kerana sukarela menjadi Penasihat Agama TPM tanpa gaji 😃😃😃.

Dr Khairuddin Takiri

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit