Program “Fun Run Bernama Radio Dan MITI

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bergambar bersama peserta pada program “Fun Run Bernama Radio dan MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang (TKP) Perkhidmatan Berita Ekonomi Azlina Aziz dan TKP Perkhidmatan Berita Nasriah Darus.

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin (kanan) melepaskan peserta pada program “Fun Run Bernama Radio dan MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) di Lobi Wisma Bernama hari ini. Turut menyertai program itu, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj dan Ketua Penyiaran TV dan Radio Bernama Mohd Shukri Ishak.

KUALA LUMPUR, 17 Okt — SENYUM…Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bergambar bersama peserta selepas program “Fun Run Bernama Radio dan MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) di Taman Tasik Titiwangsa hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang (TKP) Perkhidmatan Berita Ekonomi Azlina Aziz dan TKP Perkhidmatan Berita Nasriah Darus.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.