Melancarkan CIMB Kababayan

MANILA 16 Okt– Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan CIMB Kababayan, satu inisiatif baharu oleh CIMB Bank Filipina yang direka khas untuk memenuhi keperluan kewangan Pekerja Filipina di Luar Negara (OFW) dan keluarga mereka.
Inisiatif ini menawarkan perkhidmatan kewangan yang lebih mudah, selamat dan inovatif, membolehkan OFW membuka akaun simpanan menggunakan nombor antarabangsa dan memberikan mereka lebih banyak pilihan dalam menguruskan kewangan dengan lebih efisien. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah Duta Besar Malaysia ke Filipina, Tuan Yang Terutama Datoโ€™ Abdul Malik Melvin Castelino Anthony, Setiausaha Jabatan Pekerja Migran Hans Leo Cacdac dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Filipina, Vijay Manoharan.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.