Kerajaan Peruntuk RM100 Juta Bagi Program Tanam Semula Sawit Untuk Pekebun Kecil – Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Kementerian Perladangan dan Komoditi akan mempertingkatkan industri daya saing sawit negara dengan inisiatif penanaman semula bagi memastikan hasil sawit tidak terjejas disebabkan pokok-pokok sawit yang telah menua.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Gahani berkata pada tahun 2024 kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi program pembiayaan pekebun sawit untuk pekebun kecil.

“Penanam semula ini lebih memfokuskan kepada Program Tanam Semula Sawit bagi pokok sawit yang menua yang telah berumur lebih 25 tahun dan tidak lagi produktif.

“Inisiatif ini adalah khas kepada pekebun-pekebun kecil sawit saja dan peralihan tanam getah tidak termasuk dalam skop insiatif ini.

“Kerajaan juga tidak menggalakkan pertukaran ladang-ladang getah kepada sawit kerana getah masih juga diperlukan peringkat negara dan pada tahun 2024 ini kerajaan telah menyasarkan kawasan tanam semula seluas 5,900 hektar untuk tanam semula sawit,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini.

Beliau menjawab persoalan lisan dari Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa yang meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah pekebun kecil yang telah memanfaatkan Program Tanam Semula Sawit setakat ini. 

Soal beliau, adakah Kementerian mempunyai sebarang perancangan untuk memanjangkan inisiatif tersebut terhadap para pekebun kecil getah yang ingin beralih kepada tanaman komoditi sawit.

Johari yang juga Naib Presiden UMNO menjelaskan sehingga 11 Oktober 2024, kerajaan telah terima pemohonan daripada 2,311 pekebun kecil dari sawit yang merangkumi sekitar 7,699 hektar.

“Kerajaan telah terima pemohonan daripada 2,311 pekebun kecil dari sawit yang merangkumi sekitar 7,699 hektar.

“Daripada pemohonan ini kerajaan telah meluluskan permohonan bagi 1,165 pekebun sawit dengan keluasan 3,378 hektar yang melibatkan pembiayaan berjumlah RM 52.9 juta dan selebihnya dalam proses kelulusan,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.