BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diiringi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei hari ini.
Lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Januari lalu adalah bagi memenuhi persilaan Sultan Hassanal Bolkiah.
Kunjungan yang dilihat signifikan dengan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Brunei itu akan terus mengukuhkan lagi hubungan erat dan istimewa antara kedua-dua negara yang ditunjangi oleh institusi Kesultanan Melayu, agama, budaya serta ikatan kekeluargaan.