Berkenan Mengurniakan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

TEMERLOH, 15 Okt — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir ketika berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sek Men Keb Seri Semantan, Mentakab hari ini.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah supaya mangsa banjir akur kepada arahan berpindah ke PPS oleh pihak berkuasa demi keselamatan masing-masing.
Simpati dengan keadaan mangsa banjir, baginda turut mendoakan agar bencana itu segera pulih selain menasihatkan mereka menjaga keselamatan diri dan keluarga terutama yang mempunyai anak kecil.
Setakat 2.10 petang tadi, seramai 1,365 mangsa banjir daripada 398 keluarga di tujuh PPS yang beroperasi di daerah ini.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.