Melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Dato’ Onn Jaafar Dan Sekolah Kampung Tengah

SIMPANG RENGGAM 7 Okt–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengadakan lawatan melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Dato’ Onn Jaafar dan Sekolah Kampung Tengah, Renggam.
Seramai 195 mangsa daripada 60 keluarga yang terlibat dengan kejadian banjir kilat sekitar kawasan Simpang Renggam ini. Insiden ini berlaku apabila hujan turun tanpa henti sejak jam 4.00 pagi.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.