KOTA TINGGI 5 Okt–Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota TInggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berada di Masjid Al-Wahhab, Gugusan Felda Waha, Kota Tinggi bagi Sambutan Maulidur Rasul anjuran bersama Parlimen Kota Tinggi dan DUN Sedili dengan kerjasama Badan Kebajikan Masjid Al-Wahhab.
Sambutan ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana mampu memberi makna dan kesan yang mendalam khususnya dalam soal mendidik dan mendedahkan anak-anak kita untuk memahami dan mengikuti ajaran agama Islam yang sebenar.