ISLAMABAD 3 Okt– Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan mesyuarat dua hala bersama Menteri Perdagangan Pakistan Jam Kamal Khan di sini hari ini.
Mesyuarat ini bertujuan memperkukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua negara, dengan tumpuan kepada kerjasama strategik dalam pelaburan, perdagangan dan pembangunan perindustrian.