Rakyat Pahang Disaran Kemukakan Cadangan Untuk Belanjawan Negeri 2025


KUANTAN, 1 Okt – Rakyat negeri ini disaran mengemukakan cadangan dan pandangan terhadap pengisian yang akan dipertimbangkan dengan teliti dalam Belanjawan Negeri Pahang 2025 bagi meningkatkan taraf hidup penduduk serta memajukan pembangunan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata suara rakyat negeri ini amat penting dalam membentuk dasar dan perancangan yang lebih inklusif dan berkesan.

Dalam hantaran di Facebooknya malam tadi, beliau berkata setiap maklum balas dan pandangan yang diterima daripada rakyat negeri ini akan membantu kerajaan Pahang dalam merangka belanjawan yang lebih responsif dan berfokus.

Tinjauan ini akan dijalankan bermula hari ini sehingga 8 Nov depan dan rakyat negeri ini boleh mengemukakan sebarang cadangan menerusi
pautan https://esurvey.pahang.gov.my. – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.