Lawatan Malaysia Ke China Perlihat Usaha Kukuhkan Hubungan Kedua-Dua Negara – Presiden PCM
KUNMING, 27 Sept – Delegasi Barisan Nasional (BN) ke China memperlihatkan salah satu usaha daripada pelbagai segmen untuk mengukuhkan lagi hubungan lebih-lebih lagi tahun ini genap 50 tahun hubungan Malaysia dengan China, Kata Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.
Bagi beliau delegasi yang terdiri daripada wakil pelbagai parti dalam BN dan rakan-rakan parti yang lain sudah pasti memberi ruang bukan sahaja berkongsi input antara kedua-dua negara malah megeratkan lagi persahabatan sedia ada.
“Persahabatan di antara Malaysia dengan negara China sudah pun 50 tahun… saya dan rombongan yang lain terdiri dari berbagai parti dari BN, berjumpa dengan mereka… kita dapat mengukuhkan persahabatan antara Malaysia dengan negara China. Daripada situ kita boleh lihat bagaimana delegasi dibawa melawat politeknik Beijing, Tsinghua Universiti dan macam-macam lagi.
“Menerusi program yang diatur, sememangnya kita dapat manfaat. Sebagai contoh pertemuan bersama akademik di Tsinghua… banyak perkara dan input yang kita dapat khususnya soal pengajian jangka pendek dan panjang yang ditawarkan. Begitu juga dengan aspek lain,” katanya kepada UMNO Online.
Kata beliau lagi Tsinghua Universiti merupakan salah satu pusat pengajian terbaik di negara China dengan kedudukan ranking terbaik dan ianya standard Universiti Harvard.
“University Tsinghua ini nombor dua di China, dan mereka ini lebih kurang sama standard seperti Harvard. Kita harus mengambil peluang ini bersama dengan mereka. Kita juga ada melawat Huawei. Huawei kini merupakan sebuah organisasi dan syarikat yang cukup besar khususnya di Asia ini. Banyak pengalaman yang kita dapat belajar semasa lawatan tersebut,” ujarnya.
Sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan China, BN berkunjung ke negara berkenaan dengan pelbagai program yang diatur oleh pihak yang berkaitan khususnya Parti Komunis China (CPC)
Delegasi BN diketuai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan antara yang mengikuti delegasi tersebut adalah Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam; Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO selain wakil parti komponen BN termasuk rakan-rakan BN yang lain. – UMNO Online