Warga Makhota Sokong Syed Hussien, Selari MB Kesayangan Bangsa Johor – Halimaton

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Rata-rata pengundi yang ditemui menunjukkan sokongan mereka kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, kata Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Halimaton Saadiah Bohan.

Beliau berkata respon tersebut diperolehinya ketika kempen yang dilakukan bersama jentera Wanita Selangor.

Katanya, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi juga memainkan peranan selain menjadi kesayangan kepada bangsa Johor yang seringkali turun padang menyantuni rakyat.

“Alhamdulillah kami sudah menyantuni pengundi-pengundi di DUN Mahkota ini dan nampak respon daripada pengundi amat baik bila kita sebut berkenaan dengan calon.

“Mereka menerima terutama saya lihat Menteri Besar yang amat disayangi oleh penduduk di DUN Mahkota,” katanya.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sungai Buloh itu berkata demikian selepas ditemui UMNO Online pada kempen ziarah rumah ke rumah di sekitar pusat daerah mengundi (PDM) Padang Tembak.

Turut disertai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Johan Abdul Aziz.

Halimaton dalam pada itu turut memaklumkan jentera Wanita UMNO Selangor telah pun berkampung di Mahkota sejak penamaan calon dan akan terus membantu jentera tempatan sehingga hari-hari terakhir kempen.

Katanya, gerak kerja sebaiknya telah dilakukan bagi memastikan kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) dan kekal membawa membawa agenda rakyat di kawasan ini.

“Kami yakin dengan gerak kerja yang disusun bersepadu dengan bahagian-bahagian angkat di Johor.

“Selangor ditugaskan menyantuni tiga PDM iaitu Padang Tembak, Indah Jaya dan Taman Ilham daripada bahagian Selayang, Kuala Selangor dan Tanjung Karang akan kerjasama dengan warga di Mahkota ini,” ujar beliau.

Untuk rekod PRK ini menyaksikan satu lawan satu di antara calon BN, Syed Hussien, 40, menentang calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.