PRK: Penting Pilih Wakil Rakyat Boleh Berganding Bawa Pembangunan Kawasan – Azalina

KLUANG, 26 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penting untuk memiliki wakil rakyat di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh bergandingan dalam membawa aspirasi rakyat yang diwakili.

Bercakap dalam aspek Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, beliau berkata lebih memberi kelebihan apabila wakil rakyat yang dipilih adalah daripada parti kerajaan yang mentadbir.

“Itu sebabnya sebagai ahli Parlimen, saya sendiri daripada tahun 2004 selalu nak mencari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang boleh bekerjasama dengan saya dan parti.

“Kalau ADUN dengan Parlimen tak bersuara sama yang merugikan adalah pengundi dan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian pada program #HitamPutihKelabu bersempena PRK DUN Mahkota, Azalina sebagai moderator bersama Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi sebagai panel.

Ahli Parlimen Pengerang itu turut sama berharap pengundi DUN Mahkota untuk rasional dalam memberikan undian mereka pada PRK ini.

Menurut beliau ini kerana setiap undi akan memberikan kesan kepada masa hadapan Mahkota yang turut sama memberikan impak buat generasi hadapan di kawasan tersebut.

“Kadang-kadang kita tak boleh undi ikut hati kena undi ikut akal,” ujar beliau.

PRK ini menyaksikan Syed Hussien Syed Abdullah40, yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kluang menjadi taruhan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Kluang Zon Seri Impian aktif dalam pelbagai kegiatan belia serta kesukarelawanan menerusi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta mampu bertutur dalam bahasa Mandarin.

PRK ini akan berdepan saingan dua penjuru dengan calon Perikatan Nasional, bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut selepas mantan ADUN Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang meninggal dunia pada Ogos lalu. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.