Santuni Rakyat Bukan Hanya Musim PRK, Sudah Ibarat Tradisi UMNO

KLUANG, 24 Sept – Gerakan turun padang dan bersama-sama masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti bukanlah sesuatu yang asing malah telah menjadi tradisi bagi Wanita UMNO.

Naib Ketua Wanita UMNO Negeri Johor, Datuk Norshida Ibrahim berkata demikian selepas bersama-sama anggota jentera Barisan Nasional (BN) di sini selepas majlis bacaan Yassin dan tahlil kepada Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain serta program ziarah dari rumah ke rumah, semalam.

Ujarnya yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat, program-program kemasyarakatan ini dilihat bukan sebagai satu tanda nak pilihan raya tetapi ini adalah program biasa bagi Wanita.

“Wanita bersama masyarakat memang telah menjadi tradisi. Sebenarnya salah satu daripada program kemasyarakatan sebagaimana program bacaan Yassin ini telah sentiasa kita laksanakan dan kita juga mengadakan program ziarah rumah ke rumah yang sedia ada sekitar sini.

“Mungkin kita perlu tahu apa masalah setiap keluarga tersebut dan kita minta ketua di setiap tempat ini kembali semula menyantuni dan membantu apa keperluan mereka.

“Ini bukan hanya kita laksanakan apabila nak dekat pilihan raya kerana memang jentera Wanita sebenarnya berkerja, kita nak memastikan setiap program-program kita berjalan lancar… bukan sahaja kerana kita pilihan raya,” ujarnya kepada UMNO Online.

Jelas beliau, Wanita UMNO di mana-mana sahaja telah menjalankan program atau aktiviti semasa dengan ziarah menjadi satu keperluan yang wajib dilaksana.

“Dengan semangat itu kita bawa kerjasama bagi menyantuni pengundi-pengundi di tempat PRK ini iaitu di DUN Mahkota supaya ia lebih dilihat UMNO ini sentiasa di hati rakyat,” katanya yang mengulas berkaitan PRK DUN Mahkota yang bakal diadakan pada 28 Sept depan.

Berkaitan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, Norshida menganggap ia menepati kriteria dan merupakan calon yang tepat bagi mewakil rakyat di sidang DUN kelak.

“Pada hemat saya calon ini adalah calon yang menepati rakyat, calon orang muda dan kita percaya calon ini boleh mengangkat suara orang-orang muda untuk lebih didengari di peringkat atasan, beliau ini mempunyai kelebihan yang mungkin tidak terdapat pada orang lain.

“Saya percayai Syed Hussien telah membuat kerja sebelum ini dan beliau dikenali di sekitar masyarakat sekeliling, kita rasa ia tak janggal bila dipilih menjadi calon malah saya lihat sambutan daripada orang awam ataupun masyarakat di sini sangat positif dan ini adalah satu petanda baik kepada BN.”

Justeru beliau yakin bahawa Syed Hussien mampu berkhidmat untuk masyarakat akan datang.

“Insya-Allah, saya yakin BN akan menang. DUN Mahkota ini adalah satu DUN yang kita perlu pertahankan kerana kepimpinan yang lepas amat baik dan kita mengharapkan satu suara dari Syed Hussien agar boleh membawa hasrat yang penuh daripada orang Mahkota ke Dewan Negeri nanti,” katanya lagi.

Selain 28 Sept sebagai hari pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menetapkan undi awal pada 24 Sept, manakala tempoh berkempen pula ialah selama 14 hari yang bermula hari ini hingga 11.59 malam, 27 Sept.

DUN Mahkota yang merupakan satu daripada dua DUN di bawah Parlimen Kluang, mempunyai 66,318 pengundi berdaftar terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, 4,510 tentera serta pasangan, 401 polis dan 10 orang PTH (pengundi tidak hadir) luar negara. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit