Jentera Bahagian, Negeri Angkat Kekuatan UMNO/BN Hadapi PRK Mahkota – Ahmad Maslan

KLUANG, 24 Sept – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan penghargaan kepada keseluruhan jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) yang bertungkus lumus melaksanakan gerak kerja pada kempen kali ini.

Katanya, ini termasuk bahagian-bahagian dan negeri angkat yang ditempatkan di keseluruhan pusat daerah mengundi (PDM).

“Kami amat menghargai dan mudah-mudahan dengan pemantapan jentera yang berlapis-lapis ini, kita akan dapat membantu kemenangan.

“Jentera lapisan pertama ialah daripada bahagian Kluang, lapisan kedua ialah daripada 25 bahagian Johor.

“Manakala jendera lapisan tiga daripada negeri Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Perak. Mereka datang ramai-ramai alhamdulillah, ini adalah punca kekuatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UMNO Online, baru-baru ini.

Dalam pada Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian turut sama berkongsi siri kempennya yang telah melawati keseluruhan pusat daerah mengundi (PDM).

Menurut beliau, baki kempen beberapa hari lagi ini perlu dimanfaatkan bagi menyantuni seramai mungkin pengundi.

“Saya sudah kali ketiga pusingan ini dan amat yakin yang pentingnya keluar mengundi pada 28 Sept nanti.

“… yang pentingnya masyarakat Cina utamanya kita pujuk mereka keluar mengundi beramai-ramai, itu yang penting.

“Dan juga Melayu, India yang menyokong BN itu tu yang paling penting,” ujar beliau.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan DUN Mahkota mempunyai 66,318 pengundi terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, 4,510 tentera dan pasangan, 401 polis dan 10 PTH (pengundi tidak hadir) luar negara. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.