PRK: Azalina Santuni Warga Mahkota Pelbagai Bangsa, Sampaikan Aspirasi Kerajaan Perpaduan

KLUANG, 23 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berbesar hati menyantuni warga Mahkota pelbagai bangsa di Warung Pak Ali, pagi tadi.

Pertemuan tersebut dilakukan secara santai sebagai platform bertukar pandangan mengenai isu semasa dan harapan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota .

Rata-rata daripada mereka turut sama berbangga kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) sudi meluangkan masa beliau bagi mendengar harapan mereka demi pembangunan di Mahkota.

Azalina seterusnya bersama dalam program #HitamPutihKelabu bersempena PRK DUN Mahkota, bertindak sebagai moderator bersama Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi sebagai panel.

Menerusi diskusi tersebut pelbagai perkara disentuh khususnya melibatkan kepentingan DUN Mahkota untuk bersama dengan Kerajaan Perpaduan.

Jelas Wong, ini kerana sebagai Ahli Parlimen beliau perlu bersama dengan wakil rakyat DUN kerajaan bagi melaksanakan agenda pembangunan di kawasan.

Terdahulu, PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat pendarahan dalaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu lalu dan pengundian awal pada 24 September manakala hari pengundian pada 28 September.

BN mewakili Kerajaan Perpaduan menampilkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, 40, sebagai calon manakala PN mempertaruhkan bekas jurulatih dan pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.