Delegasi BN Manfaatkan Pertemuan Dua Hala Bersama Universiti Tsinghua
BEIJING, 22 Sept – Hari kedua Delegasi Barisan Nasional (BN) ke negara China diteruskan lagi dengan pertemuan bersama ahli akademik di Universiti Tsinghua.
Pertemuan tersebut yang berlangsung di universiti berkenaan pada Sabtu membuka ruang kepada delegasi yang hadir untuk melihat secara lebih dekat serta bertukar pandangan berkaitan soal pendidikan antara kedua-dua negara dan sebagainya lagi.
Delegasi BN diketuai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi manakala Universiti Tsinghua diketuai dekan dan profesor School of Public and Management.
Dr Puad bersama delegasi yang lain memanfaatkan sepenuhnya ruang serta peluang berkenaan termasuklah mengenali kepelbagaian program yang dikendalikan oleh universiti berkenaan.
Antara yang mengikuti delegasi tersebut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam; Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO selain wakil parti komponen BN termasuk rakan-rakan BN yang lain.
Kunjungan delegasi BN ke negara berkenaan adalah sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China dan pelbagai program diatur oleh pihak yang berkaitan khususnya Parti Komunis China (CPC). – UMNO Online