Ustaz Ketua Pemuda PAS Perlu Bertaubat

Amat malang apabila tuduhan QAZAF sewenangnya dilontarkan dalam ucapan di muktamar parti Islam yang memperjuangkan hukum Hudud di hadapan ribuan khalayak peserta muktamar yang berkopiah dan berjubah termasuk di hadapan mereka yang digelar ulama. Kalau hukum Hudud pun dilanggar, apakah diharap Hudud diperjuangkan atau ia sekadar slogan politik untuk meraih undi sebagaimana perkahwinan rentas kaum juga dicadangkan untuk tujuan meraih undi? Sangat jauh tersasar parti Islam ini.

Apa-apa sabitan kes di mahkamah sivil tidak menghalalkan seseorang membuat tuduhan Qazaf kerana zina dan liwat dalam Islam tetap memerlukan 4 saksi. Sesiapa yang membuat tuduhan Qazaf ia merupakan dosa besar. “Pelaku QAZAF mesti disebat 80 rotan, kesaksiannya tidak boleh diterima selama-lamanya. Dia adalah orang FASIK.”

Allah berfirman dalam Surah an-Nur: 4;
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Sesiapa yang menuduh (QAZAF) orang perempuan baik (melakukan zina) kemudian tidak mendatangkan 4 saksi maka rotanlah mereka 80 rotan dan janganlah kamu menerima bagi mereka kesaksian selamanya. Dan merekalah orang-orang yang FASIK”.

Datuk Wira Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit