PN Tolak MoU… Henti Polemik, Fikirkan Kepentingan Rakyat Dan Mantapkan Negara – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Armand Azha Abu Hanifah menyelar tindakan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) daripada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ianya lebih kepada permainan politik untuk menciptakan satu persepsi yang tidak sihat dikalangan rakyat dan menyatakan ianya menyentuh kedudukan orang Melayu dan keistimewaan Bumiputera secara asas.

“Sepatutnya pihak pembangkang memikirkan bagaimana untuk adakan penambahbaikan dalam MoU tersebut. Kenapa pihak PN tidak memikirkan keutamaan rakyat jauh di hadapan dan bukannya bermain politik berpanjangan dan menciptakan kekeliruan pada rakyat.

“Keluarkan satu MoU alternatif untuk penambahbaikan MoU yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dan apa penambahbaikan yang perlu ada dalam MoU tersebut untuk kerajaan mengkaji semula cadangan-cadangan daripada terus menciptakan satu polemik, persepsi serta menggangu gugat kepentingan dan keamanan negara.

“Seharusnya pembangkang memikir tentang kerajaan perlu salurkan dana kepada semua ahli-ahli Parlimen yang mereka wakili untuk terus membantu rakyat dalam kawasan tersebut dan bukannya menuduh perkara yang tidak baik. ‘Stop this’ politik perpecahan, ‘look forward’… politik hari ini lebih dinamik, progresif dan letakkan keutamaan rakyat dihadapan daripada permainan politik yang berpanjangan,” katanya.

Mengulas lanjut, Armand yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang melihat tindakan yang dibuat oleh PN sengaja menciptakan naratif apatahlagi untuk meraih simpati pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor.

“Mereka sengaja mencipta naratif untuk meraih simpati pengundi orang-orang Melayu pada PRK DUN Mahkota ini dan mengatakan bahawa Kerajaan Madani sengaja menggangu gugat Perlembagaan, kedudukkan istimewa orang Melayu dan Bumiputera dalam MoU tersebut.

“Ini adalah satu permainan politik yang cuba meraih simpati dan mengelirukan rakyat dalam PRK DUN Mahkota dan sama-sama kita bina negara, berpadu dan memantapkan negara ini,” katanya lagi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tampil mendedahkan dua draf sebenar dokumen berhubung peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Tindakan itu diambil bagi membolehkan rakyat menilai sendiri bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai perjanjian terbabit adalah tidak berasas sama sekali. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.