Bulan Kemerdekaan: Terus Sematkan Semangat Patriotik Cintakan Negara – Jamal Nerubi

KOTA KINABALU, 17 Sept – Sempena sambutan bulan kemerdekaan yang masih diraikan, Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi menekankan pentingnya samngat patriotik terus diterapkan dan bukan hanya apabila tibanya bulan kemerdekaan sahaja.

Katanya, semangat cintakan negara amat penting dalam memastikan tanah air kekal aman sejahtera dengan masyarakatnya sama-sama menyemai persefahaman dan saling memupuk perpaduan.

“Kita perlu menghayati semangat patriotik serta menunjukkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan dan menanam sikap sayang akan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara,” katanya kepada UMNO Online.

Terdahulu, beliau telah melaksanakan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sambutan Hari Malaysia bertempat di Sek Keb Taman Tun Teja, Batu 16 Rawang Selangor.

Katanya, setiap sekolah perlu kreatif dengan mengambil pendekatan yang boleh menarik perhatian para pelajar iaitu mempelbagaikan program yang sesuai untuk membentuk semangat patriotik dan kerjasama di kalangan mereka.

“Semangat cintakan negara perlu disemai dan dibaja semua lapisan masyarakat agar kesinambungan perpaduan dan kemakmuran negara dirasai oleh anak cucu pada masa akan datang.

“Banyak yang telah pemimpin kita lalui untuk mencapai kemerdekaan dan mempertahankannya demi sebuah negara yang kita cintai,” katanya lagi.

Dalam hal ini beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah,atas jemputan merasmian Majlis Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Bagi Tahun 2024. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.