Anak Muda Bersama UMNO/BN, Onn Hafiz Sampaikan Aspirasi Angkat Agenda Belia

KLUANG, 16 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini meluangkan masa bersama anak muda dalam menyampaikan aspirasi parti dan negeri bagi mengangkat agenda martabat golongan tersebut.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor berkata, kerajaan negeri komited dalam melaksana agenda yang menfokuskan kepada golongan ini termasuk membuka peluang pekerjaan dan ekonomi dengan kewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City.

“Saya juga berjumpa dengan pelabur supaya diberikan peluang pekerjaan untuk anak muda Johor termasuk di Kluang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sembang Santai @ Makan Tengahari Bersama Belia DUN Mahkota di Ngepot Kabin, hari ini.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah; Mohd Hairi Md Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta kepimpinan lain.

Mengulas lanjut berkenaan anak muda, Onn Hafiz berkata pelbagai perkara sudah dilakukan kerajaan negeri di daerah ini.

Antaranya menyediakan infrastruktur dan kompleks belia, selain dalam sektor pendidikan bagi manfaat kepada golongan tersebut.

Program sembang santai tersebut mencatatkan kehadiran lebih 500 belia dan mahasiswa bagi mendengar sendiri aspirasi oleh Menteri Besar di samping ramah mesra bersama kepimpinan negeri.

Tinjauan UMNO Online juga mendapati rata-rata daripada mereka teruja dapat bertemu Onn Hafiz di samping bertukar pandangan sebagai anak muda Johor. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit