PRK Mahkota: Kempen Bermula, Pertahankan Kemenangan BN – Norshida
KLUANG, 14 Sept – Wanita UMNO Johor berikar melaksanakan gerak kerja sebaiknya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang bermula hari ini.
Naib Ketuanya, Datuk Norshida Ibrahim berkata ia penting bagi mengekalkan kemenangan kerusi DUN tersebut di bawah pentadbiran BN.
“Wanita UMNO terus melipatgandakan lagi usaha apabila secara rasmi kempen bagi PRK DUM Mahkota bermula hari ini.
“Kehadiran jentera Wanita pelbagai peringkat pada proses penamaan calon hari ini adalah isyarat awal bahawa amanah dan tugas yang akan dilaksanakan sebaiknya,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat memaklumkan kesiap siagaan dan segala perancangan telah dilakukan sebelum ini menerusi jentera Wanita pelbagai peringkat.
“Tanggunggjawab pada setiap kali PRK yang diletakkan di bahu Wanita bukan sahaja disusun sebaiknya malah dilipatgandakan dengan usaha dan pelbagai program serta jalinan rakyat di kawasan yang telah di tetapkan.
“Segala perancangan yang dilaksanakan ini adalah untuk membantu kemenangan parti pada PRK ini,” ujar beliau.
Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, sebagai wakil Kerajaan Perpaduan.
Manakala Perikatan Nasional (PN) mewakilkan bekas pemain bola sepak Johor FA, Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.
Untuk rekod PRK ini ialah yang ke-10 diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15. – UMNO Online