Pilih BN, Beri Peluang Syed Hussien Untuk Berkhidmat – Onn Hafiz

KLUANG, 14 Sept – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru seluruh seluruh rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk menyokong dan memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah untuk berkhidmat kepada warga setempat di sini.

Beliau yang terdahulu telah bersama-sama mengiringi Syed Hussien untuk penamaan caalon melahirkan kesyukuran kerana segala proses berjalan lancar.

“Syukur Alhamdulillah, gelombang lautan biru yang disertai oleh kepimpinan dan jentera BN serta Kerajaan Perpaduan mengiringi Syed Hussien, calon nombor 1 bagi N.29 Mahkota ke Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

“Proses penamaan calon bagi N.29 Mahkota berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih kepada semua jentera Barisan Nasional dan Kerajaan Perpaduan. Ayuh kita rapatkan saf pertahankan DUN Mahkota ini agar ia kekal milik BN,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.

Justeru beliau dengan rendah hati memohon dan merayu untuk anggota DUN Mahkota memberikan sokongan kepada calon BN.

“Semoga perjuangan ini mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT demi kebaikan kita bersama, insya-Allah,” katanya lagi.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,168 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Sebelum itu, Syed Hussien yang berbaju Melayu biru tiba di pusat penamaan calon diringi Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menetapkan undi awal pada 24 Sept, manakala tempoh berkempen pula ialah selama 14 hari yang bermula hari ini hingga 11.59 malam, 27 Sept.

DUN Mahkota yang merupakan satu daripada dua DUN di bawah Parlimen Kluang, mempunyai 66,318 pengundi berdaftar terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, 4,510 tentera serta pasangan, 401 polis dan 10 orang PTH (pengundi tidak hadir) luar negara. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.