Presiden Pas Bimbang & Gusar Islam Semakin Subur Di Bawah Kerajaan Perpaduan

1. Presiden PAS sebenarnya semakin gusar dan bimbang dengan kejayaan Kerajaan Perpaduan terus menyuburkan Islam di Malaysia sebagai kesinambungan kejayaan pentadbiran terdahulu kerana ia mengancam naratif “Islam terancam” yang dibina oleh beliau hasil idea pemikir-pemikir strategi PAS bagi menghadapi Kerajaan Perpaduan.

2. Justeru, tidak pelik sekali lagi beliau terpaksa mengukuhkan naratif Islam terancam di khalayak peserta Muktamar PAS dengan menggambarkan kononnya bukan Islam naik kepala kerana pemimpin lemah dengan modal terbaru ialah menunggang isu Halal yang tercetus kerana ucapan Teresa Kok.

3. Umum melihat bagaimana Kerajaan Perpaduan menerusi YAB Perdana Menteri segera menegur Teresa. Pempengaruh Kerajaan Perpaduan juga pantas menegur. Pimpinan Pemuda UMNO juga tidak ketinggalan. Pihak berkuasa juga segera menyiasat beliau atas nama 3R. Saya sendiri turut memberikan pandangan dalam isu mewajibkan persijilan Halal kepada pengusaha makanan non muslim sebagai respon pada pandangan Teresa.

Itu semua gambaran ketegasan Kerajaan Perpaduan dalam memperkasa dan menyuburkan Islam khusus dalam isu yang boleh disensasikan atau disalah fahamkan.

4. Malaysia sangat kehadapan dalam isu Halal malah YAB Timbalan Perdana Menteri 1 sendiri mempengerusikan jawatankuasa kabinet untuk isu persijilan Halal dengan diumumkan oktober tahun lepas permohonan Sijil Halal akan diproses dalam tempoh 23 hari bekerja sebagai satu pembaharuan dalam aspek teknikel.

5. Islam subur dengan pelbagai lagi agenda baru pendidikan Islam seperti Pra Tahfiz di semua lebih 10 ribu tadika KEMAS seluruh negara selepas kejayaan pelaksanaannya di 4145 buah Tadika KEMAS melibatkan 62172 pelajar sekarang digerakkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri 1 dengan sasaran 140 ribu huffaz cilik pada 2026.

6. Semua 57 buah MRSM melibatkan 37 ribu pelajar beraliran sains diarahkan untuk menggunakan sistem integrasi Sains dan Tahfiz yang dikenali sebagai Ulul Albab bagi melahirkan profesional huffaz.

7. Sambutan Himpunan 24K Huffaz pada 14 September 2024 nanti yang digerakkan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri 1 adalah syiar kepada Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 yang telah dilancarkan pelan tindakannya tahun lepas.

8. Ucapan dasar Presiden UMNO menegaskan kepentingan Islah dalam pendidikan bagi melahirkan generasi Rabbani yang berAkhlak Karimah, menjadi Qudwah Hasanah dan mengangkat Izzah Malaysia sebagai negara Islam. Untuk itu akan diperluaskan cadangan sukatan integrasi Tahfiz Ulul Albab ke sekolah rendah dan menengah agama bantuan kerajaan. Itu adalah komitmen pimpinan Kerajaan Perpaduan.
Sila bandingkan dengan ucapan dasar Presiden PAS yang banyak beretorik.

8. Peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dikembalikan oleh YAB DS Anwar Ibrahim setelah sekian lama dikuburkan oleh penasihat SG4 Perikatan Nasional, Tun Mahathir yang sedang diagongkan oleh Presiden dan penyokong PAS sekarang.

9. Di mata dunia, Malaysia di bawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim menjuarai isu Palestin di pentas antarabangsa sepertimana ucapan tegas beliau ketika sepentas dengan Presiden Rusia dan China. Rakyat Palestin memberikan penghormatan besar atas usaha beliau yang sangat bermakna itu ke arah Palestin Merdeka.

10. Segala komitmen Islam DS Anwar dalam Kerajaan Perpaduan turut diperakui oleh tokoh-tokoh ulama dunia termasuk Syeikh Al-Azhar, Prof. Dr Ahmad Tayyib dan Syeikh Prof. Dr Ali Qaradaghi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Malah Syeikh Dr Ali sendiri berpesan kepada saya bukan sekali untuk terus mendokong usaha-usaha Islam Kerajaan Perpaduan.

11. Semua agenda Islam dan umat ini memencilkan PAS di persada perjuangan Islam yang dilaung-laungkan sebagai slogan kosong. Ini semua mendesak Presiden PAS terpaksa berucap sepertimana ucapan-ucapan sebelumnya dalam Muktamar PAS yang banyak beretorik berbanding gerak kerja yang signifikan untuk umat Islam di Malaysia dan antarabangsa.

Sekian

Datuk Wira Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Penasihat Agama kepada YAB Timbalan Perdana Menteri 1

https://www.facebook.com/share/p/SyeUWniFeiS48qYn/?mibextid=oFDknk

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.