DUN Mahkota Bukan Sekadar PRK Tapi Maruah UMNO Johor

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota harus menyedari bahawa UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi simbol perjuangan orang Melayu yang telah berjaya memerdekakan negara ini daripada belenggu penjajahan.

Sejarah UMNO yang bermula di Istana Besar Johor pada tahun 1946 bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia mencerminkan betapa pentingnya Johor sebagai nadi kepada gerakan nasionalisme Melayu yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Sebagai pengundi di Mahkota, tanggungjawab menjaga warisan ini terletak di tangan anda. Mengundi calon UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti bukan sekadar menyokong seorang individu, tetapi juga mempertahankan maruah dan sejarah bangsa.

Di saat parti ini diasaskan, ia bukan hanya untuk orang Melayu Johor, tetapi untuk seluruh negara. Namun, Johor sebagai tempat kelahirannya perlu terus menjadi benteng kuat bagi UMNO dan ini hanya boleh dicapai dengan sokongan padu pengundi Mahkota.

Selain itu, dalam suasana politik yang semakin mencabar, di mana banyak parti politik baru muncul dan mencuba nasib mereka, UMNO tetap kekal sebagai simbol kestabilan dan kebijaksanaan politik orang Melayu.

Mengundi calon UMNO bukan sekadar pilihan, tetapi satu kewajipan untuk memastikan parti yang telah berkorban dan berjuang demi kemerdekaan dan kemajuan bangsa Melayu terus relevan dan berperanan dalam mencorak masa depan negara.

Mahkota, sebagai salah satu kubu kuat UMNO di Johor, perlu menunjukkan kesetiaannya kepada legasi ini.

Pengundi di DUN Mahkota bukan sahaja perlu mempertahankan legasi UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan dan hak orang Melayu, tetapi juga perlu membuat keputusan yang bijak demi kestabilan politik negara.

Dalam konteks politik semasa, di mana Kerajaan Perpaduan sedang berusaha mengekalkan kestabilan dan perpaduan nasional, adalah penting bagi pengundi Melayu di Mahkota untuk menolak calon daripada Perikatan Nasional (PN).

PN telah menunjukkan kecenderungan politik yang boleh menggugat keharmonian dan kestabilan negara dengan retorik mereka yang sering kali bersifat memecah-belahkan.

Oleh itu, mengundi calon UMNO adalah satu langkah penting untuk menolak politik perpecahan ini.

Bagi penyokong Pakatan Harapan (PH), mengundi calon UMNO dalam PRK ini adalah strategi terbaik untuk memastikan Kerajaan Perpaduan terus kukuh.

Walaupun UMNO dan PH adalah dua entiti politik yang berbeza, kerjasama antara kedua-duanya dalam Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan bahawa perpaduan dan kestabilan boleh dicapai apabila kepentingan negara diutamakan.

Oleh itu, sokongan PH terhadap calon UMNO adalah penting untuk memastikan kemenangan yang akan mengukuhkan lagi kerajaan yang ada sekarang.

Dengan mengundi calon UMNO, pengundi Mahkota bukan sahaja mempertahankan sejarah dan maruah orang Melayu, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menjamin kestabilan politik negara.

Kita semua tahu DUN Mahkota ini memang kubu kuat UMNO. Sejak azali lagi, kawasan ni memang dikenali sebagai ‘fortress’ bagi parti keramat ini. Tapi jangan lupa, terlalu yakin boleh memakan diri. Jangan ingat kita boleh menang mudah hanya kerana sejarah berpihak kepada kita.

Sebagai penggerak jentera, penting untuk kita ingat bahawa dalam politik, tiada yang pasti. Hari ini kita rasa kuat, esok belum tentu. Kadang-kadang bila terlalu yakin, kita jadi malas. Kempen pun dibuat sambil lewa, janji cukup syarat. Haa, inilah yang bahaya!

Bila kita rasa kita dah menang sebelum bertanding, jentera pun mulalah ambil mudah. Poster tak dipasang elok, ‘walkabout’ pun sekadar tunjuk muka dan ceramah jadi hambar. Kita lupa yang lawan pun ada strategi dan mereka pun ada pengaruh.

Jadi, pesanan ini ringkas saja: Jangan sekali-kali pandang rendah kepada lawan. Kita kena terus bekerja keras, macam kita sedang bertanding di kawasan yang 50-50.

Jentera kena sentiasa bersedia, turun padang, dengar suara rakyat, dan jangan sekali-kali abaikan hal-hal kecil.

Kita perlu ingat, walaupun Mahkota ini kubu kita, rakyat masih boleh berubah angin. Kalau mereka rasa kita sambil lewa, tak mustahil undi akan beralih arah. Jadi, teruskan berkempen dengan bersungguh-sungguh, jangan bagi ruang langsung kepada pihak lawan untuk ambil kesempatan.

Akhir kata, selamat berjuang kepada semua jentera UMNO dan BN. Perjuangan ini belum selesai dan kemenangan hanya akan jadi milik kita kalau kita bekerja keras untuknya.

Jangan mudah lupa, yang paling penting, jangan terlalu yakin. Teruskan menggempur Mahkota dengan penuh semangat dan strategi!

Inilah masa untuk bersatu dan memastikan bahawa suara Melayu dan perpaduan nasional terus terjamin.

YB SENATOR DATO’ ABDUL HALIM BIN SULEIMAN
AHLI DEWAN NEGARA
SETIAUSAHA UMNO NEGERI JOHOR
KETUA UMNO BAHAGIAN TEBRAU

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit