Peranan Kerajaan Dalam Isu Halal Dan Syubahah – Shah Zanuriman

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan menegaskan bahawa umat Islam di Malaysia merupakan 68 peratus dari populasi penduduk negara maka ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan umat Islam di negara ini tidak terkeliru dengan premis dan makanan yang meragukan (syubahah)

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa mencari yang halal itu fardu bagi setiap muslim.

“Cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mewajibkan premis makanan yang tidak menghidangkan arak dan daging babi mendapatkan persijilan halal sememangnya patut di pandang serius oleh kerajaan.

“Persijilan halal di Malaysia bukan saja meliputi bahan yang di gunakan malah kebersihan persekitaran serta tatacara pengendalian bahan masakan. Malah, persijilan halal di Malaysia menjadi contoh standart pengendalian makanan yang tinggi hingga di iktiraf diperingkat antarabangsa.

“Dalam erti kata lain, mewajibkan persijilan halal kepada premis makanan sebenarnya meningkatkan tahap pengendalian premis makanan di Malaysia,” katanya.

Ujar Setiausaha Pemuda UMNO Selangor, seharusnya, sebagai warga Malaysia tidak kira apa pun pegangan agama mengalu-alukan langkah JAKIM untuk meningkatkan standard industri makanan di Malaysia dalam masa yang sama membolehkan umat Islam menikmati makanan di restoran bukan muslim tanpa was-was.

Kata Shah Zanuriman, tindakan segelintir pihak yang mengeluarkan kenyataan yang dilihat cuba memecahbelahkan keharmonian rakyat telah mendapat kecaman pelbagai pihak.

“Yang biadab adalah mereka yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang memecah belahkan keharmonian rakyat. Yang biadab adalah mereka yang sengaja menolak perkara yang baik hanya kerana ianya berasaskan tuntutan Islam.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor memberi amaran agar cadangan mewajibkan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan di negara ini tidak dipersoalkan secara terbuka kerana tindakan sedemikian hanya akan ‘merosakkan’ kestabilan dan keharmonian negara.

Ujarnya lagi, sentimen setiap masyarakat perlu dijaga dan sewajarnya setiap pandangan berkaitannya dibawa untuk diperbincangkan supaya ia dapat diteliti. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.