Noraini Hadir Ke Kluang, Santuni Masyarakat

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah hadir ke Kluang untuk menyantuni masyarakat pada Rabu.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah memulakan sesi lawatan di pusat daerah mengundi (PDM) Dorsett ke beberapa buah rumah klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pagi ini saya mulakan sesi lawatan ke beberapa rumah klien JKM yang terletak di PDM Dorsett.

“Turut bersama saya adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Haslinda Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Khairin Nisa Ismail, ADUN Tenang, Maizatul Akmam Alawi, Bendahari Wanita UMNO Malaysia, Datuk Habibah Mohd Yusof, Exco Wanita UMNO Malaysia merangkap Setiausaha Kerja Wanita UMNO Malaysia, Zauyah Zainudin,” katanya.

Sementara itu, beliau juga telah hadir untuk menyantuni pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) 7 Briged, Kluang bagi meninjau pengoperasian dan aktiviti yang dijalankan.

“Kemudian saya membuat lawatan ke PPDK 7 Briged, Kluang, Johor untuk menyantuni pelatih di sini. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau pengoperasian serta aktiviti yang dijalankan dalam memastikan pelaksanaan program ini terus memberi manfaat kepada golongan OKU.

“Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau pengoperasian dan aktiviti yang dijalankan dalam memastikan pelaksanaan program ini terus memberi manfaat kepada golongan orang kelainan upaya (OKU). PDK merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti bagi golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat.

“Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi BAKAT Negeri Johor, Pengerusi BAKAT 7 Briged, Pengerusi PDK Kem 7 Briged, Pengerusi PDK DUN Mahkota, JKM Negeri Johor dan JKM Kluang yang memastikan sesi lawatan ini berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau turut hadir bagi merasmikan Majlis Penutup Program Pendidikan, Latihan dan Vokasional (TVET) Jelita bagi kursus Penjagaan Ibu Berpantang.

“Kemudian saya hadir merasmikan Majlis Penutup Program TVET Jelita bagi Kursus Penjagaan Ibu Berpantang. Alhamdulillah seramai 25 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus yang diadakan selama empat hari tiga malam bermula 9-12 September 2024.

“Semoga program ini memberikan manfaat buat semua peserta dan sekaligus dapat membantu usahawanita di Kluang terutamanya untuk menjana ekonomi buat keluarga masing-masing.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan tenaga pengajar yang menjayakan program ini,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.