Ibu Pejabat Nafi Akaun Palsu UMNO Online
KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ibu Pejabat UMNO hari ini menafikan sebuah akaun Facebook yang menggunakan nama UMNO Online.
Ini kerana adanya akaun palsu yang menyamar menggunakan logo akaun rasmi UMNO.
Hantaran yang dikongsi juga dilihat cuba mengelirukan orang ramai melalui berita tidak benar.
Ditegaskan Facebook rasmi UMNO Online adalah melalui link ini.
Untuk itu, ibu pejabat berharap orang ramai untuk berwaspada dengan akaun palsu yang cuba mencipta naratif tidak benar membabitkan UMNO. – UMNO Online