PRK Mahkota: UMNO Negeri Sembilan Atur Pelbagai Program Bantu Kemenangan BN

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Pelbagai kerangka program serta perancangan sedang diatur oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dalam usaha membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online memaklumkan pelbagai perkara dibincangkan menerusi pertemuan ringkas bersama jentera pelbagai peringkat negeri berkenaan semalam.

“UMNO Negeri Sembilan sedang membuat persiapan untuk membantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di PRK N.29 Mahkota di Kluang, Johor.

“Insya-Allah semua jentera UMNO Negeri Sembilan pelbagai peringkat akan bergerak bersama untuk memastikan Syed Hussien menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, insya-Allah,” katanya.

Kata beliau lagi sudah pasti kerjasama dengan jentera tempatan dan pelbagai pihak lain akan diambil kira supaya segala pelaksanaan kelak benar-benar memberi satu impak yang cukup bermakna sepanjang kempen PRK berlangsung.

Katanya lagi tumpuan sudah pasti untuk membantu sedaya upaya jentera tempatan kerana pemain utama pada PRK berkenaan adalah masyarakat serta jentera setempat.

“Insya-Allah… kami daripada Negeri Sembilan akan membantu sedaya upaya yang sebaiknya dalam usaha kita memastikan kemenangan kekal milik BN pada PRK DUN Mahkota nanti dan tentunya calon Kerajaan Perpaduan, Syed Hussien  mempunyai kelebihan tersendiri,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.