Azalina Santuni Komuniti, Tonton Filem Takluk: Lahad Datu

KLUANG, 11 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berbesar hati menyantuni wakil komuniti Kluang dan Pengerang sempena bulan kemerdekaan negara yang masih disambut ketika ini.

Kesempatan tersebut dimanfaatkan sebaiknya dengan meluangkan masa untuk menonton filem Takluk: Lahad Datu di Kluang Mall, petang semalam.

Filem yang mula ditayangkan sejak 22 Ogos diinspirasikan daripada insiden sebenar yang terjadi semasa Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara pada 11 Februari 2013.

Latar waktu filem itu, memaparkan pengganas Sulu telah menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.

Azalina dalam ramah mesranya bersama wakil komuniti tersebut turut sama meluahkan keterujaan kerana ia merupakan kesempatan pertama beliau menonton filem bersama mereka.

Rata-rata daripada mereka yang hadir juga berkata pertemuan santai tersebut merupakan platfrom terbaik untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan mereka, di samping menonton filem tempatan.

Terdahulu, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) sebelum ini merasmikan van ‘Justice On Wheels’.

Menurut beliau ia sebagai usaha kerajaan menyampaikan akses sistem keadilan untuk segenap lapisan rakyat.

Beliau berkata van tersebut akan berada di kawasan-kawasan awam yang mudah diakses oleh orang ramai bagi memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan nasihat guaman secara percuma. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.