JOHOR BAHRU 5 SEPTEMBER – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan isteri hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah Legoland School Challenge 2024 yang dianjurkan oleh LEGOLAND Malaysia. Legoland School Challenge 2024 menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila berjaya melibatkan seramai 3,700 peserta daripada 275 buah sekolah melibatkan tujuh negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, China, Laos dan Filipina.