KUALA LUMPUR 5 SEPTEMBER – Setiausaha Agung UMNO merangkap Pengerusi MARA Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerima kunjungan hormat Naib Chanselor UUM Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan. Banyak agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dibincangkan termasuk untuk mengadakan kerjasama dengan UUM bagi membantu Usahawan MARA dipertingkatkan ilmu dan kemahiran dalam pengurusan kewangan, perakaunan dan sistem perniagaan yang menjadi kekangan bagi memastikan mereka berdaya maju dan kekal utuh dalam industri untuk jangka masa yang lama.