Kenyataan Radikal Pemimpin Pas Punca Perpecahan Umat Islam – Kamil Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Kamil Ibrahim menyokong penuh kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tentang kewajaran Tuan Ibrahim Tuan Man yang membawa fahaman atau politik kebencian yang melampau.

Tegasnya, kepimpinan Pas yang ibaratkan mereka ini umpama suci sedangkan mereka lupa bahawa era sekarang ini jauh berbeza bahawa anak-anak muda tidak termakan cemuhan mahupun makian.

“Eranya dah berbeza kita perlu didik anak muda serta generasi baru ini dengan perkara-perkara yang baik dalam membina negara Malaysia yang lebih baik. Mendidik sifat-sifat terpuji bukan cemuhan, makian, tohmahan dan persepsi yang tidak baik serta politik yang lebih baik dan matang.

“Kita sebagai rakyat Malaysia yang baru sahaja menyambut kemerdekaan ke- 67 sepatutnya sudah boleh menilai yang mana baik dan buruk. Tuan Ibrahim Tuan Man kena cermin diri sebagai ADUN Cheka di Pahang dan Ahli Parlimen Kubang Kerian berapa kali balik ke kawasan beliau? Sedangkan beliau tanpa segan silu menyatakan Presiden UMNO bercuti. Yang sepatutnya bercuti dan terus berhenti adalah beliau sendiri.

“Saya cabar Tuan Ibrahim nyatakan berapa kali sebulan dia balik ke Cheka? Dan nyatakan apa perkhidmatan yang telah beliau laksanakan di Cheka? Berapa ramai orang yang telah beliau bantu sebagai ADUN Cheka,” katanya kepada UMNO Online.

Kamil yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak tamak dan rasional menjadi ADUN dan Ahli Parlimen di negeri yang berbeza.

“Yang sepatutnya berhenti terus dan bukan bercuti adalah Presiden Pas Hadi Awang dan Tuan Ibrahim itu sendiri. Selain daripada tidak ‘service’ kepada rakyat, kenyataan pemimpin parti Pas itu punca perpecahan kepada umat Islam di negara ini.

“Perpecahan umat Islam dan Melayu di Malaysia ini bermula dari amanat-amanat dan kenyataan yang ‘extreme’ dan ‘radikal’ di kalangan mereka yang boleh menggugat akidah umat Islam serta orang Melayu.

“Seperti menghalalkan darah orang UMNO dan menyatakan parti kafir, pemimpin Pas yang keluar parti isterinya djiatuhkan talak tiga, solat yang diimamkan orang UMNO tidak sah dan terjadinya solat dua imam,” katanya lagi.

Malah kata Kamil lagi, sembelihan korban bukan ahli Pas haram dimakan oleh ahli parti itu sendiri serta banyak lagi dan terkini menyamakan UMNO dengan ‘dajjal’.

Pada masa yang sama pemimpin Pas itu ibarat satu jari yang menunjuk ke orang lain empat jari lagi adalah permasalahan dan pendakwaan yang masih berlaku di kalangan pemimpin serta ahli keluarga mereka.

“Apa sumbangan Pas kepada negara? Selain daripada memecah-belahkan umat Islam serta menggangu-gugat keharmonian kepelbagaian kaum di Malaysia. Sewaktu mereka bersama Dap sehingga menjulang bendera Dap mereka katakan halal tetapi jika sebaliknya tidak menguntungkan mereka perkara itu haram.

“Tidak terkecuali juga mereka menggunakan salah guna kuasa Menteri Besar Perlis, pendakwaan kenyataan hasutan Menteri Besar Kedah, menantu Naib Presiden Pas Idris Ahmad ditahan bersama ‘influencer’ dalam kes salahguna duit derma orang ramai.

⁠”Malah menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lari ke luar negara untuk mengelak daripada siasatan SPRM dan beliau juga mempersoalkan YDPA perkenan melantik Perdana Menteri selepas PRU ke-15,” jelas beliau.

Ujarnya lagi, ia menunjukkan mereka ini angkuh dan sombong serta tidak tunduk hormat kepada rukun negara juga undang-undang negara. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.