Fungsi JPKK Diperluas Beri Nilai Tambah Agensi Keselamatan – Exco Kanan Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias melihat fungsi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang tugasnya diperluaskan dengan penglibatan sebagai anggota Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) diharap mampu memainkan peranan tersendiri membantu pihak berwajib.

Menurut beliau jika sebelum ini masing-masing berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan, namun hari ini ianya diperluaskan lagi dalam usaha membantu pihak keselamatan seandainya berlaku kecemasan dan sebagianya.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada kepimpinan JPKK daripada seluruh Negeri Sembilan yang telah terlibat dalam latihan yang telah dijalankan sebelum ini sekaligus menjadi sebahagian daripada anggota CDA-ERT ini. Sebelum ini sering saya sebutkan, selain daripada menjaga dan menguruskan hal ehwal di kampung masing-masing, antara peranan lain JPKK adalah menjadi mata, telinga, dan lidah kepada Kerajaan Negeri

“Fungsi JPKK ini kita luaskan lagi dengan memberikan Latihan Kemahiran kepada sebahagian JPKK di peringkat awal ini dengan kaedah-kaedah untuk memberikan respon awal jika berlaku kecemasan. Peranan ini sangat penting dalam memastikan keselamatan di kampung masing-masing dapat kita uruskan dengan baik. Apa sebenarnya Emergency Response Team (ERT) ini? Mungkin ramai yang masih kurang jelas dengan fungsi dan objektif penubuhan ERT

“ERT adalah kumpulan individu yang dilatih dan dilantik untuk bertindak balas dengan cepat dan berkesan dalam situasi kecemasan. Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) memainkan peranan penting dalam keselamatan dan kesejahteraan komuniti, serta membantu dalam menyediakan bantuan yang diperlukan dalam keadaan darurat. Ini bermaksud, jika ada sebarang musibah yang berlaku, seperti banjir, ribut, tanah runtuh, dan sebagainya, pasukan ERT ini adalah antara individu yang terawal yang akan membantu sebelum pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam JPKK Peringkat Negeri, di sini, semalam yang disampaikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tambah Jalaluddin, itu sebabnya Kerajaan Negeri bersama-sama dengan APM memberikan Latihan kepada JPKK untuk menjadi sebahagian daripada Ahli ERT.

Tambahnya lagi, ini kerana JPPK memang berada di dalam kampung, cukup faham akan selok belok kampung, dan sepatutnya mengenali kesemua penduduk di dalam kampung mereka dan adalah wajar JPKK adalah individua tau Kumpulan yang paling tepat untuk memainkan peranan dan fungsi ERT ini.

“Besar harapan saya, dengan tertubuhnya CDA-ERT ini, kes-kes kecemasan yang berlaku di kawasan kampung kita dapat kita uruskan dengan lebih baik dan segera. Bukanlah bermaksud JPKK ini mengambil tugasan pihak keselamatan seperti bomba, JPA atau sebagainya, tapi JPKK yang sememangnya berada di dalam kawasan adalah orang yang paling terdekat untuk diharap memberikan bantuan awal terhadap sebarang kecemasan,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.