SG4 ‘Ala-Ala’ 1MDB… Dulu Tun M Hasut Rakyat Hingga Ranap Kerajaan BN – Mohd Raqib

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan beranggapan bahawa penubuhan syarikat SG4 Sdn Bhd mempunyai konsep sama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegasnya, Tun Mahathir yang dahulunya menentang penuh syarikat yang ditubuhkan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya mewujudkan sebuah syarikat ‘ala-ala’ 1MDB.

“Saya tertarik dengan penubuhan satu syarikat yang dinamakan SG4 Sdn Bhd, di dalamnya ada empat negeri yang diperintah oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

“Mereka mengatakan bahawa syarikat ini mampu untuk menarik pelabur-pelabur dari China, Korea, dan Jepun. Apa yang saya dapat lihat penubuhan syarikat ini merupakan sama seperti 1MDB. Ini kerana mereka akan menarik pelabur untuk masuk ke dalam negeri dan mengambil hasil daripada empat negeri ini.

“Dahulunya mereka inilah yang menentang penubuhan 1MDB oleh Datuk Seri Najib terutamanya Tun Dr Mahathir sendiri dan akhirnya pada hari ini mereka telah menubuhkan sebuah syarikat ‘ala-ala’ 1MDB. Cuma kita lihatlah apa yang akan terjadi selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran video yang dimuatnaik di laman TikTok miliknya.

Ujarnya, kekalahan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu adalah disebabkan hasutan oleh Tun Mahathir berkenaan dengan penubuhan 1MDB.

“Dulu Tun Mahathir sendirilah… bermula dari tahun 2014 hinggalah sehingga 2018 menentang 1MDB. Beliau menghasut rakyat sehinggalah kalahnya UMNO/BN, disebabkan hasutan berkenaan penubuhan 1MDB oleh Datuk Seri Najib.

“Pada hari ini, beliau telah berjaya mengajak empat negeri ini untuk menubuhkan satu syarikat ‘ala-ala’ 1MDB untuk menarik pelabur.

“Saya nak bagitahu kepada orang ramai, Tun Mahathir ini dia buat boleh… tapi bila orang lain buat, dia menghasut sehingga Datuk Seri Najib tertangkap. Kita lihatlah selepas ini apa yang akan terjadi. Rakyat sendiri nilailah apa yang berlaku pada hari ini,” katanya lagi.

Pada Isnin media melaporkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menubuhkan sebuah syarikat dinamakan SG4 Sdn Bhd bagi berkongsi kekayaan dan mengagihkan hasil kepada empat-empat negeri itu secara saksama.

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menubuhkan sebuah syarikat dinamakan SG4 Sdn Bhd bagi berkongsi kekayaan dan mengagihkan hasil kepada empat-empat negeri itu secara saksama.

Menurutnya, setiap negeri memiliki 25 peratus saham syarikat tersebut dan ia bagi memastikan negeri yang ketinggalan jauh seperti Perlis, juga mendapat hasil yang sama seperti negeri lain. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.