Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak 2024

IPOH 28 Ogos–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak 2024 yang merupakan satu inisiatif strategik Kerajaan Negeri Perak bagi meringankan beban mahasiswa daripada golongan sasar untuk membeli bahan bacaan pengajian  di sini hari ini.
Inisiatif tersebut yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Pendidikan dan Pengajian Tinggi, dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) juga bertujuan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar, merancakkan industri buku tempatan, dan meringankan beban kewangan ibu bapa.

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit